Kembara Mahkota Johor 2019
23 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak bersama penduduk setempat telah bersama-sama menjayakan Program Kembara Mahkota Johor. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya lastik tin, terompah gergasi dan futsal kain pelikat. Program ini telah dijalankan selama tiga hari bermula 20 Julai 2019 sehingga 22 Julai 2019.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunggang motosikal kapcai semasa singgah di Felda Taib Andak pada pukul 11.20 pagi bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang mencuri tumpuan penduduk setempat dengan diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Bin Jamal.
Sultan Johor dan Permaisuri Johor mencemar duli merasa cara kehidupan orang kampung sebelum singgah di rumah asal peneroka milik Encik Mohamad Abu dan isteri Puan Azlinnah Ahmad untuk bersarapan.
Baginda kemudiannya meronda kawasan kampong dengan menunggang motosikal sebelum singgah di warung kopindan santai bersama-sama peneroka.
Sementara Raja Zarith Sofiah menyampaikan sumbangan kepada Siti Nurwardiyah dan beberapa penerima sumbangan ketika singgah di rumah peneroka Felda berkenaan sebelim keluarga diraja itu meninggalkan kawasan tersebut selepas lebih satu jam berada di situ.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: